- Setiap pakej adalah termasuk penginapan, pengangkutan dan makanan (tgh hari & mkn malam)
- Harga pakej TIDAK termasuk tiket kapal terbang.
- kami galakkan anda untuk booking tiket penerbangan di air asia krn ianye lebih murah.
- booking tiket 3 bulan sblm tarikh penerbangan.
- harga pakej jugak termasuk,bayaran tiket ke taman tema seperti Lotte World, Everland atau lain-lain.
- Perkara-perkara lain yang tidak termasuk di dalam pakej adalah dibawah tanggungan sendiri.
- Perjalanan ke seluruh tempat tour adalah dengan menaiki PENGANGKUTAN AWAM.
- Tiada sebarang pembayaran deposit di kenakan,
- bayar harga penuh pakej ketika hendak berlepas iaitu di airport.
* JADUAL BOLEH BERUBAH MENGIKUT CUACA DAN KEADAAN MATAWANG
* MAKAN DI RESTORAN YANG HALAL
Kami juga menerima pelancong sama ada persendirian, keluarga, berkumpulan dan juga rombongan pelajar.
KELEBIHAN MEMILIH KAMI UNTUK BERCUTI BERSAMA ANDA :
Kami menggunakan khidmat pelajar di Korea Selatan dan mempunyai banyak pengalaman di Korea Selatan. mereka juga fasih berbahasa Korea dan ini akan memudahkan komunikasi anda sepanjang anda bercuti di Korea Selatan. Mereka juga tahu di mana tempat-tempat yang sesuai untuk membeli-belah di Korea Selatan dan ada sesetengah kedai di sini sudah mengenali mereka (pelajar Malaysia di Korea Selatan). Banyak pelancong yang datang ke Korea tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong atau pemandu pelancong yang tiada pengalaman di Korea Selatan telah salah memilih tempat untuk mereka membeli-belah, jadi sekiranya anda memilih kami untuk bercuti bersama anda, ini akan dapat memudahkan percutian anda.
Kami juga tidak mengenakan jadual yang padat semasa anda bercuti, anda boleh memilih atau menyusun jadual cuti anda (sekiranya anda mahu) untuk keselesaan anda. Kalau anda memilih syarikat pelancongan, mereka akan menetapkan masa yang padat sehinggakan anda mungkin tidak selesa dengan percutian ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan